Jumaat, 16 Disember 2011

GeRbAnG ilMu

manusia yg sempurna perlu ada ilmu,
manusia yg sempurna perlu nasihat untuk diri sendiri,
manusia yg sempurna perlu ada kekuatan untuk menjadi sosial yang baik...

ilmu dalam diri membuatkan kita jadi maju,
dapat membezakan baik dan buruk,
dapat mengenal pasti kejahatan ,
dapat melepaskn diri dari sifat riak..

sembahyang mengelak diri daripada kemungkaran
ilmu dpat mengawal hawa nafsu
ingin hidup senang jaga syahwat
dapat mengawal diri daripada kemungkaran
jadi orng yg maru melakukan maksiat
kena jadi orng yg penyabar

Ahad, 11 Disember 2011

PERJUANGAN BERTERUSAN MENEGAKKAN AGAMA ALLAH

Cita-cita untuk mendaulatkan Syariat Islam di negara ini senantiasa mekar dan laluan untuk merealisasikannya semakin lebar walaupun terpaksa menempuh cabaran dan rintangan yang sukar. Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor (mantan Presiden PAS) pernah menegaskan di dalam ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS ke-39 (11 Jun 1993 halaman 7) yang bertemakan “Pertahan Syakhsiyyah Ummah” bahawa: “Dasar dan pegangan kita (PAS) memperjuangkan Islam adalah tidak pemah berubah. Kita bergerak dan bekerja adalah untuk kedaulatan Islam.”
Kedaulatan Islam hanya dapat direalisasikan apabila kita memiliki Daulah Islamiyah (Negara Islam). Justeru, berjuang untuk menegakkan negara Islam biarpun menghadapi halangan dan rintangan yang runcing di sepanjang zaman, namun ia tetap menjadi suatu kewajipan bagi umat Islam.
Gerakan ummah untuk mendaulatkan Syariat Islam di bumi tercinta ini telah bermula sejak sekian lama. Seorang tokoh ulama terkenal dalam sejarah negara kita, Syeikh Junid Thola di Perak telah memberi penegasan bahawa menjadi satu kewajipan kepada umat Islam mendirikan sebuah negara Islam di Tanah Melayu. Selepas Perang Dunia Kedua, tokoh ulama terkenal tanah air Maulana Abdullah Noh dari Kelantan juga telah menegaskan tentang tanggungjawab memperjuangkan kewujudan sebuah negara Islam. (Abdullah Noh (1947) Semangat Perajurit-perajurit Muslim. Matba’ah Ismailiah Kota Bharu. halaman 53 – 54)
Mendukung kesinambungan perjuangan ini, Baharudin Abd Latif melalui lidah rasmi pertama PAS iaitu Suara Islam telah menulis secara aktif artikel yang menjelaskan konsep negara Islam. Antara artikel beliau ialah: “Tanah Melayu dalam Perjuangan Kita: Baldah Toiyyibah Wa Rabbun Ghafur” sebanyak tiga siri. Prof Dr Zulkifli Mohammad juga merupakan tokoh besar di dalam Suara Islam.
Peranan Suara Islam (56′ – 62′) kemudiannya diteruskan oleh lidah rasmi PAS yang kedua Bulan Bintang (’67 – ’73)- Artikel Jaiz Anwar (almarhum)” Kedudukan Pemerintahan Islam”. Lidah rasmi PAS yang ketiga Berita PAS (’73 – ’74 dan ’82) turut aktif membincangkan mengenai negara Islam seperti artikel: “Peranan Agama dan Idealogi Dalam Pembangunan” oleh Baharudin Latif walaupun waktu itu PAS menyertai Kerajaan campuran PAS – Perikatan. Lidah rasmi PAS keempat Suara Islam (’79 – ’81) pula menonjolkan idea siasah dan negara Islam yang agak radikal sesuai dengan zaman atau era kebangkitan Islam pada waktu itu. Artikel “Pemisahan Antara Agama dan Politik: Satu Kekeliruan” menjadi topik utama selain Tafsir Fi Zilaalil Quran oleh Syed Qutb
Harakah selaku lidah rasmi PAS kelima, sejak 1987 juga telah menggempur pemiMran umat Islam mengenai kewajipan menegakkan negara Islam dengan menyiarkan artikel “Ke arah Menegakkan Daulah Islamiyah: Tanggungjawab menolak kesesatan” (Harakah bil. 1:31,30 Oktober 1987).
Pemimpin-pemimpin PAS terdahulu (Rahmatullahi Alaihim) telah menunjukkan kesungguhan memperjuangkan pembentukan negara Islam seperti Dr Burhanuddin Al Helmy yang pernah menulis dua buku mengenai hubungan Islam dengan politik kenegaraan iaitu Agama dan Politik (1954) serta Ideologi Politik Islam (1956). Sungguhpun kedua-dua karya ini ditulis sebelum beliau menyertai PAS. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (1963) Budiman Radhi menulis buku berjudul Tata Negara Islam. Sementara menangani keperluan non muslim mengenai negara Islam Prof Dr. Zulkifli Mohammad telah menghasilkan monolog yang berjudul Practicability of Islam As a Socio-Political System.

Kegigihan tersebut terus diwarisi oleh kepimpinan PAS sehingga hari ini seperti Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi (Presiden PAS) menghasilkan karya berjudul Konsep Negara Islam dan Matlamatnya (1986), “Jika Islam Mentadbir ” (1984), Islam Penyelesaian Masalah Umat dan Negara (1982) dan Sistem Pemerintahan Islam (1995).
PAS telah mempraktiskan usahanya untuk mendaulatkan syariat Islam dengan meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) di Dewan Undangan Negeri yang dimenangi oleh PAS seperti di Kelantan (24 November 1993) dan Terengganu (2002).
Biarpun PAS mengalami tekanan yang cukup getir sepanjang perjuangannya untuk mendaulatkan Islam di negara ini, usaha dan gerak kerja untuk mendaulatkan Islam terus dilangsungkan tanpa jemu dan mengalah kepada tekanan. Pelbagai usaha dilakukan untuk memahamkan masyarakat Muslim dan non-Muslim sehinggalah ke hari ini. Mutakhir ini kelihatan laluan . untuk mendaulatkan syariat Islam semakin lebar sekalipun terpaksa melepasi kesukaran yang berpanjangan. Sabar, tabah, hikmah dan istiqamah menjadi ramuan utama untuk menjayakannya.

Rabu, 7 Disember 2011

hari ini amat indah...

assalamualaikum... hahaha...
hary banyak sagat yg akuh apat pelajari di masjid tamn intan..
pelbagai2 mengenai keiman...
memang banyak larh dalm diri akuh nih harus diperbetulkan...
hhahaha....


kalau iman seseorng itu mantap dia kan terus menunaikan sholat apa bila mndengar bunyi azan..
kalu iman seseorang itu kurang mantap dia akn melengah2 kn waktu solat..
kalau seseorg itu tidak mempunyai iman dia tidak akn menunaikan solat... 

hahaha...
cek la diri sendiri....

kalau seseorng itu rasa tenang dalam majlis ilmu makna nya iman dia kut..
kalau ada gelisah dalm majllis ilmu maknanya iman dia belum mantap...
kalu xsuka ke majlis ilmu bermakna dalm dia dia tiada iman...

seseorang yg beriman perlu ada sifat malu dalm diri...
malu untuk melakukan maksiat..
malu untuk berjalan dia hadapat khalayak lelaki...
malu untuk menunjukkan aurat kepada lelaki...

jagan larh malu untuk kebaikan...
jagan malu untuk bertanya apa yg tidak tahu...
jagan malu untuk menyebut nama allah...
jgn malu untuk menunaikan perintah allah..
jagan malu untk melakukan kebaikan..
untuk mendekatkan diri kepada allahh.....