Rabu, 31 Ogos 2011

BeRaYa bErSaMa kAwAn... :)

hary ni hari raya yg kedua pada tahun2011..
hahaha... aku merantau jauh hary nih bersama sahabat kuh..
tapi xjauh mana pown...
areal sp jugak la..
herm...
takut akuh naik moto dgn dia dah la bawak moto mcm dgn pelesit g..
laju nk mampos...
hahahaha...
tapy xpew tawakal jer kepada allah..
memang la owng  tua2 kata malang tidak berbau annn...
tapi xperrr... asalkan dapat beraya...
hahaha..
 hopp..raya tahun  nih bukan raya yg terakhir barsama kawan...
hermm...aminnnn...
raya tahun nih... best sagat... dapat bersama keluarga yg tersayang ..walau pown xcukup owng tapi xpew... asal aku rasa happy...
hahahaha...
ish2...
xabis2 gelak2222....xper..la tunpang bly gelak kita gelak puas2..
tap aku tman kawan akuh g umah balak dia...
urh...
famly sproting abizss.... arah owng kata..
hahaha..tapi aku tegak mak lakih tuh mcm xsuka ja kehadiran kami..
aku fahm keadaan mk cik tuh...
............................................
herm...
a\ohhhh tidak akuh nak p raya umah asyraf ...hahahaha...
bila la bly jumpa balak akuh nih hahah??
tu la duduk jauh sagat...
tapi xper..
dalam perhubungan nih kena banyak bersabar.. so akuh kena bnayk bersabar lah nak hubungan nih kekal..
ya walau pown muka xtara man tapy akuh besyukur kerana allah beri dia umtuk aku..
sentiasa faham akuh..
sentiasa... tahu akan perasaan akuh..
yg palinh happy...
dia sokong akuh masuk mahaad dia....
memang akuh nak sangat masuk sana..
nak mnjadi hafizah...
ha...
xbeberapa hary lagih dia dah na balik sana ..
hahahaha..
penntian satu pnyiksaan..
xsangp ker sangup ker akuh kena tahan jugak..
sebb akuh asa selesa dgn dia..
asa tenng dgn dia..
happyy sagat degn dia...
.. hahahaha...
setiap malm bergayut... hahahah
mak abh... jagan marah au.. ankmak n abah nih bergayu talifon(bukan bergayut atas pokok k...)
bergayut pown xlama..t dia balksana dah xbly cakp dgn dia dah.. hanya bly tagk gambr jerrr...
tapi xper... asal seminggu skai dia call akuh..tu pown dah cukup la...
aku xnak kongkong dia sagt..
aku takut kehilangan dia lagi..
ya memang owng kata kumbang bukan seekor....
bunga bukan sekuntum..
tapi nak dapat yg serupa urh susah sagat...
hahaha..
aku redo jer apw yg syakir wat at akuh..
hahahah
terima kasih yaallah pertemukan hamba dgn si dia...
hahahah....
akuh ingat ary nih nak p umah aziah n atikah..
so xjadi arh... dah xlarat akuh nak p...
dah la tunggu dekt sejam balak kawn akuh balik..
lama siot
mujur la da makcik n adik2 yg teman.. bergurau senda bawah pokok tuh tadi... ehrm...
ha,,, sia nak jumpa dia jugak ebelum dia balik asrama...
akuh.

Selasa, 30 Ogos 2011

hidup tenang

ha kini aku hppy degn dia si dia....
mohd amirul al-asyraf bin ahmad,
dia nih belajar at mahaad lorong alif,
sia kenal dia at surai dekat mlam tawarih at surau..
dia ni imam pertama,
dia nih mai degan din(nama singkatan)
aku xcam langsung dia nih..
n xpenah bercakap pown dgn dia nih...
aku adew lah perasan dia masa akuh nak masuk sembahyang dia tegh ambil air sembahyang
hahahaha...
dia berusaha sagat2 untuk dapatkan 6ber akuh..
hahaha..
nih la gambar dia tapi dah gabung degn gambar akuh yg xcomel nih.. hahahaha...



Khamis, 25 Ogos 2011

Air Mata Tidak Selamanya Abadi

airmata2 
kena kau selalu mengalir bila ku sepi...
air mata kena kau selalu jadi penenman aku bila kau sedih??
 air mata kena kau selalu teman aku.. bila ku merasakan sesuatu x  diingini...

kadang2 ku tahu air mata nih air mata penderitaan ,..
tapi thnk aku sebb selalu teman aku..
 bila haty mula berkata .. 
mesti kau akn mengalir di pipi kuh..
saat akuh sara sagat sedih n sagat hiba...
kdang2  tuh...
kau mengalir tanpa henty sehingga aku merasakan gembira...
haty aku berkata2..
haty aku selalu tidak tenang..
hanya aku jer yag tahu...
kenapa haty aku selalu berkata yg bukan2??

kenapa??
kenapa???

hari2 yg menyebalkan dalam hidup kuh....

hari2 sebal yg aku rasa...
ada owng yg aku sayng pown mcm xder ja...:'(
sedih sagat..
aku betul2 serius ni yg aku dapat...
selalu belakan akak angkat dia..
tahu lah permpuan tuh anak ustaz pown..
tapi dah adab pown xdew nak wat per??
aqu dah xtahan....
aku asa nak putus degn dia ..
tapi pkir sayg jer at dia..
memang laa dia wat mcm2 bagi aku sakit aty setiap ary..
wat aku tunggu dia setiap ary...
awat arh ,,...
malam nih aku asa lain,...
tersentuh sagat aty aku mlm nih??? 
apew semua nih??
air mata mengalir kaur tapa henti...
aku hanya pinta satu ja...
tolong la... faham aku... 
aku dah banyak faham ang...
i say ilove you.... aidil
tapi dia x tahu..
setiap ary tu lah aku bersabar n terus bersabar...
semakin lama aku sabar semakin syag aku at dia..
tapy, xkan dia xtahu aku nih betul serius degn dia??
aku betul2 sayg kan dia..
aku tanya benda yg betul pownn aku kena balik...
aku sabar ja,..
aku baca sendiri mcj dia,...
dia kapel dgn nisak tu..
susah sangat kan nak ckp teruz terang,...
aku bly terima la...
tapy jgn wat aty aku sakit mcm nih..
sakit sagat aty aku nih , hanya allah jer yg tahu... 
setiap malam aku doakn untuk dia
setiap malam aku fikirkan pasai..
tapy dia ada fikir pasai aku ker??
selama nih...??? apew salah akuh?? 
npew dia xpernah nak ckap terus terang dgn akuh???
 tolong la terus terang dgn akuh.... aku xkisah pown...

Selasa, 23 Ogos 2011

urh,,,, tension siot... sebal pown adew dah nih........



ya allah awat la anyak sagat dugaan pada aku bulan posa nih...
yg dah ada xmau hargai... yag xdak duk terkejar...
kini baru aku tahu erti nya..
haaahahahamm....
hampeh tul... la...
akuh xtahu arh nak wat apew dah lanih.. herm....
aku dah tetapkan hala tuju aku dah..
mungkin hala tuju aku nih xmacm kak2 aku semua lah...
aku ada aku punya mint sendiri..
so aku harap mak n ayah aku bagi semangat lah at akuh...
aku nak berubah nak menjadi owng yg bly menerima hkikat yg sebenar....
akuh nak menjadi owng yg lebih tabah menghadapi ujian allah..
aku nak menjadi owng yg sempurna...
ak hidup mcm idola akuh selama nih..
mungkin harapan mak na abah aku nak tengak kuh masuk u... 
akuh dah tetapkan pendirian aku..
aku nak jadi hafizah.. n insyaallah kalau bly abis jawab soalam spm betul aku nak kesana terus...
selepas di sana aku nak sambung ke bumi allah mekah...
insyallah.. tu anggan2 aku..
insyaallah ... amin.... 
aku tahu dalam pelajaran nih aku dah banyak ketingalan.. 
aku xminat dalam bidang nih..
herm..
xtahu lah napew.... kan .. aku nak kejar ilmu akhirat pulak ..
ilmu duniawi aku rasa dah cukup aku kejar,,,,\dah cukup aku belajar...
dah ramai owng kejar ilmu dunia sapew nak kejar ilmu akhirat...
ramai owng yg sebaya mcm aku dah terdorong degan ilmu dunia.. 
dah lalai dengan dunia.. 
aku pown ada la jugak lalai tuh...
hahahaha hanyut dalam dunia remaja...
herm....

Isnin, 22 Ogos 2011

MEMBETULKAN YANG BIASA



ALHAMDULILLAH kita sudah melangkah ke pusingan kedua Ramadan yang Allah janjikan keampunan-Nya yang Maha Luas. Insya Allah kita belum mengalah.

Syukur juga kerana terasa imarahnya masjid dan surau seluruh dunia dengan kehadiran bulan al-Mubarak ini. Waktu antara maghrib hingga usai Tarawih lah yang paling meriah di rumah-rumah Allah.

Baik lelaki atau wanita. Muda atau tua. Bujang atau berkeluarga. Masing-masing tak mahu melepaskan peluang ini.


Beberapa Kebiasaan Jemaah Solat Tarawih (Muslimat terutamanya)
Yang Boleh / Perlu Dibetulkan

Tetapi, ada beberapa perkara biasa kita lihat tetapi perlu diperbetulkan dalam keghairahan kita menghidupkan malam di bulan mulia ini.

Berdasarkan pemerhatian saya di surau dan masjid sepanjang Ramadan kebelakangan ini, ada beberapa perkara perlu diberi perhatian. Berikut saya senaraikan, setakat mana yang teringat:

1) Kebiasaan yang bagusnya apabila muslimat kita rajin membawa anak yang belum baligh bertarawih sekali. Satu pujian untuk itu. Tetapi, yang biasanya kita lihat, mereka bersolat di tengah saf dengan anaknya berada di samping - yakni dalam saf yang sama. Kadang-kadang anaknya berlari meninggalkan saf, jadi berlaku lompong di tengah-tengah saf. Ini menyebabkan saf muslimat terputus.

Yang betulnya, bawalah anak-anak kita tadi bersolat di hujung saf, sama ada kiri atau kanan. Insya Allah di samping lebih selesa bagi si anak, baik juga bagi jemaah lain menjaga khusyuk.


2) Bukan semua kita dapat datang solat Isyak bersama imam di takbiratul ihram. Ada yang terlewat, masbuqlah dia. Ada yang lagi lewat, tiba masa orang sedang solat tarawih. Biasanya, yang tiba selewat ini, kita pasti akan mendahulukan solat Isyak, kan? Dan biasanya jugalah, kita memilih penjuru mana-mana dan bersolat Isyak sendirian. Usai solat Isyak sendirian, baru mengabungkan diri dalam saf tarawih.

Yang betulnya, kita berjemaah juga. Masuk dalam saf, niat mahu solat Isyak dan berjemaah bersama-sama jemaah yang sedang bertarawih. Seusai imam memberi salam, sambunglah baki solat bagi menggenapkan 4 rakaat solat Isyak kita.


3) Ini kebiasaan yang berlaku di kebanyakan masjid dan surau yang melaksanakan solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Kita memilih untuk solat 8 rakaat sahaja. Usai 8 rakaat, kita bercadang mengerjakan solat witir 1 rakaat sahaja. Biasa dilihat, ada yang masih kekal dalam saf sedangkan dia niat solat witir bersendirian. Selepas selesai 1 rakaat witirnya, dia bergegas keluar saf. Lagi satu lompong ...

Yang betulnya, jika mahu solat witir sendirian kerana memilih solat tarawih 8 rakaat sahaja, kita keluar dahulu dari saf dan solatlah. Itu lebih bagus supaya saf masih tersusun.


4) Biasanya, jemaah muslimat gemar membawa sejadah kecil sendiri. Sebaik masuk saf, sejadah atau alas itu kita bentang di depan kita. Biasanya, jika saf berganjak kerana mengisi lompong yang kosong, kita tak berganjak sama. Mungkin kerana kalau berganjak, sejadah atau alas itu mungkin akan jauh dari kita dan digunakan pula oleh orang lain.

Yang betulnya, anjaklah. Rapatkan saf itu lebih utama. Dan sebaiknya, di masjid atau surau yang sudah terhampar sejadah atau karpet, tak perlulah lagi kita beralas lain. Seragam lebih nampak cantik, kan?

Wallahua'lam.


Itulah serba sedikit pemerhatian saya sepanjang beberapa tahun Ramadan ini. Mana yang biasa itu, boleh kita betulkan. Dan mesti kita betulkan.


Semoga bermanfaat

Buat Mereka yang Mendahului Kita



Buat mereka yang mendahului kita ke sisi-Nya.

Sesiapa sahaja, di mana sahaja,
mereka saudara kita yang disatukan dengan akad yang sama,
la ilaha ilallah.

Dan itulah al-'Urwatul Wustqo ...

______________________

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa.

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba-Mu
Sahabatku akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi.

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami.

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin.


_________________________________________

   ish wat comel betul lah...

Sabtu, 20 Ogos 2011

Bagaimana Bercouple Cara Islam?

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".
Masyarakat Sudah Lari
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.
Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.
Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.
Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Perigi Cari Timba
Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?
Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

Khamis, 18 Ogos 2011

Renungan kisah lelaki & wanita.. :)

..................kisah lelaki & wanita.........................
WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis
untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka
menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian
dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.
Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITAtersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
….
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat….
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati… Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

B@c@L@H W@H@i MU$LiMat $eJ@Ti

10 Sebab wanita disiksa di akhirat

Berkata Ali r.a.: "Saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah S.A.W,
Apabila kami masuk ke rumah baginda maka kami melihat Rasulullah s.a.w sedang menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah: 'Ya Rasulullah, mengapa Rasulullah menangis?"
Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita antaranya:

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak dituangkan ke dalam kerongkongnya.

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya.

4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan di belit dengan beberapa ular dan
kala jengking

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan di bawahnya terdapat api yang menyala-nyala.

6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka.

7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri.

8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam peti daripada neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya seperti
hidungnya, telinga, dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra.

9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan.

10. Orang perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya dan
para malaikat memukuli kepalanya dengan palu mereka dari neraka.

Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya itu maka Fatimah pun berkata "Wahai ayahku, ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita-wanita tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda "wahai anakku Fatimah, adapun :

1• Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana dia tidak mahu menutupi (melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahu menutup auratnya.

2• Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda "sesaorang wanita yang menyakiti
suaminya dangan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya. Sesaorang perempuan yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah
SWT melaknatinya maka para malaikat juga melaknatinya."

Dari Uthman r.a. berkata "seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata "Aku belum pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun diaberpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.

3• Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.

4• Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas
besar. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatangan haid dan nifas.

5• Orang perempuan makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang
lain.

6• Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan
gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya dikalangan orang
ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

7• Orang perempuan yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala
jengking adalah kerana dia itu boleh bersolat, puasa tetapi tidak mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak mahu juga mandi junub.

8• Orang perempuan kepalanya seperti kepala babi, dan badannya seperti keldai, adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka
sangat berdusta.

9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.

Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa:"Kalaulah semua yang ada di bumi ini berupa emas dan perak, kemudian
dibawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun' .Maka sesungguhnya
Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak".

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya,
sesungguhnya dia dikutuk oleh segala yang disinari matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya.

Malu Seorang Wanita


Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi...

Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)

Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.

Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan
hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak seperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.

Pergilah...

Mungkin hanya kesedihan yang aku rasa waktu ini…hanya di sini saja yang dapat aku luah sumanya..tiada tempat lg yg aku mahu mengadu…sumanya dh xseperti dulu….

Perkenalan itu hanya satu persinggahan…yaa..kita akan meninggalkan suma yg kita cinta satu hari nnt..hanya Allah sahaja cinta abadi buat kita…walaupun perkenalan itu hanya sebentar namun meninggalkan kesan yg mendalam dalam diri kita…

Tiada apa yg perlu difikirkan, diharapkan, dinantikan lagi jika apa yang kita lakukan itu hanyalah sia-sia…buat apa kita perlu bersedih dgn perpisahan itu jika dia pergi untuk mencari kebahagiaannya sendiri..biarlah dia mencari teman hidup yg terbaik buat dirinya..mungkin saja kita bukan terbaik buat dirinya..

Suma yang berlaku mungkin ada hikmahnya..dan mengajar kita lebih matang dalam mengenali seseorang…tidak perlu mengejar kesempurnaan jika diri tidak sempurna…mungkin saja Allah ingin menemukan kita dengan insan yang lebih baik..siapa tahu??

Ada baiknya jika aku lupakan suma yang berlaku..anggap saja tiada jodoh antara kita..pergilah kepada yang lebih sempurna di matamu…aku tiada apa-apa yang difikirkan terbaik untuk dijadikan suri dalam hidupmu…hanyalah manusia biasa yang xdapat lari dari kesilapan..

Pergilah..aku xmahu bersedih lg memikirkan dirimu…kau  masih boleh bergembira sedangkan aku setiap masa bersedih memikirkan apa yg terjadi…aku tidak menyesal mengenalimu tetapi membuatkan aku lebih berhati-hati kelak..biarlah cinta itu datang sendiri..jgn kita nanti-nantikannya ..kerana itu satu yang menyakitkan..

snap2 n snap lagi pic....


hahahaha.... dua tiga ary ih... suka sagat snap gambar.. hahaha
tagak arh.... 
mcm dgn apew g.... hahaha..

gegegeh.. aik caper lanih??
hahahaha aqu ler.. yg kureng canik nyh....

nyh ar aku punya baju raya tahun nih... yaayayayaya..
perpel tuh..
huhuhuh....

eheheheh...
makin cabi la .. pipi aku..
hahahaha..
xpew asalakan epy kan...


Sabtu, 13 Ogos 2011

bulan puasa

salam pembuka bicra...
sia mau cerita pasai bulan ramadan..
hahahaha...
tahu nih bulan radan yang palin bermakna buar sia...
kerana tahun nih mengambil PERCUBAAN SPM dalam bulan posa...
hahaha...
banyak cabaran dan dugaan bulan posa..
bulan menguji keiman umah umat nya...

ary ni dah masuk minggu kedua...
aku g degar taskirah ary tuh..
ustaz2 kata...
minggu kedua berpuasa nh .. 
minggu kempunana
hahahah
bagus la....
kalau betul...

harap2 dosa2 yg lalu diampunkan oleh allah.
itu dosa kepada allah kalau dosa sesama manusia kena la p jumpa manusia tuh untuk memohan maaf...
kalau ia tidak mahu mengampunkan...
kita kena lah cari iya dia alam akhirat nanty..!!!

Isnin, 8 Ogos 2011

Awak..saya minta maaf, saya tak boleh terima awak lagi..







Mungkin coretan saya ini buat awak terguris hati..
Saya harap awak tabah k..
Memang dulu kita pernah bersama kan awak..
Tapi sejak awak tinggalkan saya, rasa sayang tu dah makin berkurangan..
Saya dah tak dapat terima awak dalam hidup saya..
Maafkan saya awak..awak dan saya tak mungkin kembali macam dulu lagi..

Saya masih ingat di awal perkenalan awak dan saya..
Awak dapat no fon saya dari kawan awak yang juga kawan saya..
Awak cakap awak nak berkawan dengan saya..
Tapi pada mulanya saya tak layan kan awak..
Awak tetap nak berkawan dengan saya..
Akhirnya saya terima awak sebagai kawan saya..
Lama2 kita jadi semakin rapat kan awak..
Memandangkan rumah awak tidak jauh dari rumah saya..
Kita selalu berjumpa dan makan sama2..
Awak masih ingat tak semua tu???

Tapi kenapa tiba2 awak berubah..
Masa tu kita dah kawan dekat 5 bulan dah..
Tapi awak dah semakin jauhkan diri dari saya..
Mesej saya awak buat endah tak endah ja..
Awak cakap awak sibuk..
Tapi kenapa sebelum ney awak ok ja..
Tak ada pun perkataan sibuk dari awak..
Apa salah saya awak sampai awak berubah macam tu..
Awak langsung tak bagi peluang untuk saya perbaiki balik hubungan kita masa tu..
Akhirnya kata putus yang keluar dari mulut awak..
Masa tu awak dengar kan saya menangis dalam telefon..
Saya merayu kat awak jangan tinggalkan saya..
Tapi awak tetap berkeras nak tinggalkan saya..

Pada mulanya memang saya tak dapat terima awak tinggalkan saya..
Saya masih letak harapan untuk kembali pada awak..
Saya mesej awak..saya call awk..
Tapi awak dah tak layan saya kan..
Saya sedih sangat masa tu awak..
Akhirnya saya dapat lupakan awak sedikit demi sedikit..

Tapi kini kenapa awak kembali lagi bila hati saya dah betul2 lupakan awak..
Dah hampir 2 tahun awak tinggalkan saya..
Awak kembali nak berkawan dengan saya dan minta saya terima awak macam dulu..
Awak cakap awak masih sayangkan saya..
Awak selalu mesej dan call saya..
Saya mintak maaf kadang2 saya tak layan mesej dan call awak..
Saya nak awak tahu saya bukan lagi macam dulu..
Saya dah berubah awak..
Sedikit pun tiada lagi perasaan cinta terhadap awak..

Maafkan saya awak..saya tak dapat terima awak lagi..
Inilah jawapan bagi mesej terakhir yang awak bagi pada saya semalam..
Awak tanya saya sama ada saya masih sayang awak ke tidak..
Tapi saya tak balas pun kan awak..
Saya harap bila awak baca post saya ney awak akan paham..
Untuk pengetahuan awak saya dah punya cinta saya sendiri..
Dialah yang membuatkan saya melupakan awak untuk selama-lamanya..
Maafkan saya awak..
Saya harap awak dapat cari perempuan yang baik untuk diri awak..
Saya tak mungkin lagi kembali pada awak..
Maaf..saya tak dapat terima awak lagi…..

Selasa, 2 Ogos 2011

::#:: hidup bergelar remaja ::#::

hidup bergelar remaja memang mencabar...
kerana menjalani satu proses iaitu proses kanak2 ke alam remaja..
yng ingin mencuba segalanya..
yng inginkan keseronokan .
yng inginkan kebebasan.
dan inginkan perhatian sepenuhnya dari ibu bapa..
kini kita sudah dapat lihat .
remaja2 yg pandai mengatur masa dgn benda yg berfaeda dan tidak bercinta "cintun " ..
dan remaja yg terlalu bebas dan masa yg tidak teratur.. 
suka melepak di shoping komplek
dan suka mengikuti gejala yg tidak berfaedah itu disebbkan keadaa persekitarn kita sekarang ini..
kerana islam tidak diterapkan didalam diri remaja tersebut..
kini banyak remaja yg hancur kerana sikap pentingkan keseronok kan di waktu remaja dan tidak memkirkan maasa depan mereka...
remaja yg berpoya2 ini di sebb kan mereka inginkan perhatian daripada semua orng melalui tingkah laku mereka..
tingkah laku yng amat pelik dan amat merunsingkan pra ulamak di masa kini...
remaja disekolah harian biasa.. bercampur kelas bersama lelaki dan perempuan bukan penyebb mereka menjadi lair..
bukan disebb kan mereka bersekolah harian biasa mereka rosak..
ada juga pelajar sekolah agama bertudung labuh yg diangapkan tidak bertegur antara lelaki dan perampuan itu baik dan aklaknya mulia..

::**::'Awek' Zaman Sekarang::**::


Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat 'awek'. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Masakan tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, 'confirm' dah boleh dapat.
Zaman sekarang bukan main mudah untuk dapat 'awek muslimah'. Mungkin tidak semudah petik jari tetapi kalau bijak bermain kata, cuba ucapkan ayat-ayat berbaur keinsafan sikit, tunjuk gaya penampilan yang nampak alim sikit, ucapkan kata-kata tazkirah 'confirm' dah boleh dapat.
Haih! Inilah yang terjadi apabila terlalu kerap disajikan program-program televisyen (drama/ realiti tv/ filem) yang konon-konon berbentuk keagamaan tetapi banyak yang tidak mengikut syariat.
Bagaimana boleh watak seorang ustaz dipaparkan sedang bercinta dengan seorang wanita 'alim'?  Dan bagaimana pula sekumpulan pelajar Mesir yang ditunjukkan dalam sebuah drama pergi melancong berempat (dua lelaki dan dua perempuan) bersama-sama seolah-olah mereka tidak tahu bahawa perkara-perkara begitu boleh menimbulkan fitnah? (kerana bukan urusan penting)
Patutlah segelintir remaja yang tidak memahami konsep bercinta 'cintun' menganggap bahawa 'couple' itu dibenarkan dalam Islam asalkan tidak pegang tangan dan bersentuhan cukuplah untuk perkara itu menjadi halal.
Tetapi, zaman sekarang bukan main payah untuk kita jumpa dan miliki hati Muslimah Mujahidah Solehah, kerana mereka ini bukan sebarang wanita.
Mereka ialah wanita-wanita yang berpegang pada prinsip hidup! Bagi mereka ketegasan terhadap kaum Adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka, sifat manja (gedik) terhadap kaum adam yang ajnabi langsung tidak akan wujud dalam diri mereka!
Inilah contoh Muslimah Mujahidah Solehah! Jadi, wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada di golongan wanita yang bagaimana. Saya yakin! Anda sudah mampu berfikir yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara.