Jumaat, 16 Disember 2011

GeRbAnG ilMu

manusia yg sempurna perlu ada ilmu,
manusia yg sempurna perlu nasihat untuk diri sendiri,
manusia yg sempurna perlu ada kekuatan untuk menjadi sosial yang baik...

ilmu dalam diri membuatkan kita jadi maju,
dapat membezakan baik dan buruk,
dapat mengenal pasti kejahatan ,
dapat melepaskn diri dari sifat riak..

sembahyang mengelak diri daripada kemungkaran
ilmu dpat mengawal hawa nafsu
ingin hidup senang jaga syahwat
dapat mengawal diri daripada kemungkaran
jadi orng yg maru melakukan maksiat
kena jadi orng yg penyabar

Ahad, 11 Disember 2011

PERJUANGAN BERTERUSAN MENEGAKKAN AGAMA ALLAH

Cita-cita untuk mendaulatkan Syariat Islam di negara ini senantiasa mekar dan laluan untuk merealisasikannya semakin lebar walaupun terpaksa menempuh cabaran dan rintangan yang sukar. Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor (mantan Presiden PAS) pernah menegaskan di dalam ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS ke-39 (11 Jun 1993 halaman 7) yang bertemakan “Pertahan Syakhsiyyah Ummah” bahawa: “Dasar dan pegangan kita (PAS) memperjuangkan Islam adalah tidak pemah berubah. Kita bergerak dan bekerja adalah untuk kedaulatan Islam.”
Kedaulatan Islam hanya dapat direalisasikan apabila kita memiliki Daulah Islamiyah (Negara Islam). Justeru, berjuang untuk menegakkan negara Islam biarpun menghadapi halangan dan rintangan yang runcing di sepanjang zaman, namun ia tetap menjadi suatu kewajipan bagi umat Islam.
Gerakan ummah untuk mendaulatkan Syariat Islam di bumi tercinta ini telah bermula sejak sekian lama. Seorang tokoh ulama terkenal dalam sejarah negara kita, Syeikh Junid Thola di Perak telah memberi penegasan bahawa menjadi satu kewajipan kepada umat Islam mendirikan sebuah negara Islam di Tanah Melayu. Selepas Perang Dunia Kedua, tokoh ulama terkenal tanah air Maulana Abdullah Noh dari Kelantan juga telah menegaskan tentang tanggungjawab memperjuangkan kewujudan sebuah negara Islam. (Abdullah Noh (1947) Semangat Perajurit-perajurit Muslim. Matba’ah Ismailiah Kota Bharu. halaman 53 – 54)
Mendukung kesinambungan perjuangan ini, Baharudin Abd Latif melalui lidah rasmi pertama PAS iaitu Suara Islam telah menulis secara aktif artikel yang menjelaskan konsep negara Islam. Antara artikel beliau ialah: “Tanah Melayu dalam Perjuangan Kita: Baldah Toiyyibah Wa Rabbun Ghafur” sebanyak tiga siri. Prof Dr Zulkifli Mohammad juga merupakan tokoh besar di dalam Suara Islam.
Peranan Suara Islam (56′ – 62′) kemudiannya diteruskan oleh lidah rasmi PAS yang kedua Bulan Bintang (’67 – ’73)- Artikel Jaiz Anwar (almarhum)” Kedudukan Pemerintahan Islam”. Lidah rasmi PAS yang ketiga Berita PAS (’73 – ’74 dan ’82) turut aktif membincangkan mengenai negara Islam seperti artikel: “Peranan Agama dan Idealogi Dalam Pembangunan” oleh Baharudin Latif walaupun waktu itu PAS menyertai Kerajaan campuran PAS – Perikatan. Lidah rasmi PAS keempat Suara Islam (’79 – ’81) pula menonjolkan idea siasah dan negara Islam yang agak radikal sesuai dengan zaman atau era kebangkitan Islam pada waktu itu. Artikel “Pemisahan Antara Agama dan Politik: Satu Kekeliruan” menjadi topik utama selain Tafsir Fi Zilaalil Quran oleh Syed Qutb
Harakah selaku lidah rasmi PAS kelima, sejak 1987 juga telah menggempur pemiMran umat Islam mengenai kewajipan menegakkan negara Islam dengan menyiarkan artikel “Ke arah Menegakkan Daulah Islamiyah: Tanggungjawab menolak kesesatan” (Harakah bil. 1:31,30 Oktober 1987).
Pemimpin-pemimpin PAS terdahulu (Rahmatullahi Alaihim) telah menunjukkan kesungguhan memperjuangkan pembentukan negara Islam seperti Dr Burhanuddin Al Helmy yang pernah menulis dua buku mengenai hubungan Islam dengan politik kenegaraan iaitu Agama dan Politik (1954) serta Ideologi Politik Islam (1956). Sungguhpun kedua-dua karya ini ditulis sebelum beliau menyertai PAS. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (1963) Budiman Radhi menulis buku berjudul Tata Negara Islam. Sementara menangani keperluan non muslim mengenai negara Islam Prof Dr. Zulkifli Mohammad telah menghasilkan monolog yang berjudul Practicability of Islam As a Socio-Political System.

Kegigihan tersebut terus diwarisi oleh kepimpinan PAS sehingga hari ini seperti Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi (Presiden PAS) menghasilkan karya berjudul Konsep Negara Islam dan Matlamatnya (1986), “Jika Islam Mentadbir ” (1984), Islam Penyelesaian Masalah Umat dan Negara (1982) dan Sistem Pemerintahan Islam (1995).
PAS telah mempraktiskan usahanya untuk mendaulatkan syariat Islam dengan meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) di Dewan Undangan Negeri yang dimenangi oleh PAS seperti di Kelantan (24 November 1993) dan Terengganu (2002).
Biarpun PAS mengalami tekanan yang cukup getir sepanjang perjuangannya untuk mendaulatkan Islam di negara ini, usaha dan gerak kerja untuk mendaulatkan Islam terus dilangsungkan tanpa jemu dan mengalah kepada tekanan. Pelbagai usaha dilakukan untuk memahamkan masyarakat Muslim dan non-Muslim sehinggalah ke hari ini. Mutakhir ini kelihatan laluan . untuk mendaulatkan syariat Islam semakin lebar sekalipun terpaksa melepasi kesukaran yang berpanjangan. Sabar, tabah, hikmah dan istiqamah menjadi ramuan utama untuk menjayakannya.

Rabu, 7 Disember 2011

hari ini amat indah...

assalamualaikum... hahaha...
hary banyak sagat yg akuh apat pelajari di masjid tamn intan..
pelbagai2 mengenai keiman...
memang banyak larh dalm diri akuh nih harus diperbetulkan...
hhahaha....


kalau iman seseorng itu mantap dia kan terus menunaikan sholat apa bila mndengar bunyi azan..
kalu iman seseorang itu kurang mantap dia akn melengah2 kn waktu solat..
kalau seseorg itu tidak mempunyai iman dia tidak akn menunaikan solat... 

hahaha...
cek la diri sendiri....

kalau seseorng itu rasa tenang dalam majlis ilmu makna nya iman dia kut..
kalau ada gelisah dalm majllis ilmu maknanya iman dia belum mantap...
kalu xsuka ke majlis ilmu bermakna dalm dia dia tiada iman...

seseorang yg beriman perlu ada sifat malu dalm diri...
malu untuk melakukan maksiat..
malu untuk berjalan dia hadapat khalayak lelaki...
malu untuk menunjukkan aurat kepada lelaki...

jagan larh malu untuk kebaikan...
jagan malu untuk bertanya apa yg tidak tahu...
jagan malu untuk menyebut nama allah...
jgn malu untuk menunaikan perintah allah..
jagan malu untk melakukan kebaikan..
untuk mendekatkan diri kepada allahh.....

Isnin, 28 November 2011

misss you all


nih la rakan2 akuh at kolah...
walau pown kami dilihat mcm musuh tapy dalm aty akuh depa nih la kawan yg terbaik...
NURUL JANNAH BT FADZIL&NUR AMALINA AZLAN SHAH..
aku rindu korang sagat...
korang rakan seperjuangan yg amat hebat...


kenangn yg paling manis sekali akuh ber sama depa...
hahaha...
alin jannah.. aku rindu korng.. rindu sagat...
hahaha..
selamat menjalani kehidupan yg mencabar ini dgn penuh ketabahan...
akuh sayg korang
korang tetap ada dalam aty akuh...

Sabtu, 26 November 2011

herm.. melatih diri untuk menjadi lebh baik...

hary nih 26.11.2011...
jatuh pada ay sabtu.. tepat pada pukul 7.26 masuk lah tahun baru islam..
hahahaha..
azam baru akuh..
akuh ingin menjadi yg lebih dari sempurna...
akuh na jadi lebih baik dary tahun yg lepas2...
esok jatuh ary ahad..
hah...
dgan bersemagatnya akuh hendak menuntut ilmu di MASJID TAMAN INTAN..
herm..
harap2 berjalan dgn lancar larh...
hahahaha... tagk pic at bawah nih..

haahahahaha.. depa nih la bakal ustaz pada suatu hary nanty,.. 
walaupun depa nih nakal ..
tapy baba agama depa xlupa do...
hahahaha...
selamat berjuang kawan2 kuh.. untuk menempuh ranjau yg berliku lagi...

lama gila akuh xnampak dia dkat masjid taman intan..
huhuhu...
nak kata xrindu tuh tipu larhh..
aqu rindu sebagai sahabat..
rindu nasihat dia...
rindu alunan ayat suci alquran dia..
hermm..
xpew 
dia g ikut ustaz nan..
bagus la..
akuh suka dia ikut ustaz nan..
herm..
kutip larh ilmu naim sebanyak mana kamu mampu..
lepas tu sampaikan lah kepada owng lain..
baru lah dinama kan ilmu yg berman faat..
jagn lupa mengajak owng lain melakukan kebaikan..

Rabu, 23 November 2011

awat otak akuh nih dah jadi gila haha???

awat larrhh aqu jadi lagu nih haha??
adoiii..
awat akuh asyik fikir pasai dia ja..
sedng kan balak akuh pown akuh xfikir sagat dua tiga hary nihh..
ya allah hapuskan lah perasaan hmba mu ini kepada nya ya allah..
hamba xmau heret dia kearah kemaksiatan ya allh,,
hamba xmau tgak dia jadi teruk ya allh..
hamba hanya mahu dia jadi sahabat baik hamab ja...
sahabat yg bly menasihaty hamba mu ini..
yang hanya kuh inginkan kepadanya hanya lah..
nasihat kata2 semagat..
tuh saja..
hamba xmau couple dgn dia..
hamba xmau.. wat perkara yg dilarang oleh allah dgn dia..
dia dalah seoarang yg beriman dan bertakwa,..
aku xmau kotorkan aty dan perasaan nya dgn masiat..
tolong la hamba mu ini yallah..
........
hmba nk kasih sayg hamba mu inni di berikan kepada ibu bapa hamba..
keluaga hamba..
nabi muhammad saw..
dan jatuh cintakan lah hamba dgn al quran ya allah..
dkat kan lah haty hamba mu ini dgn al quran ya allah..
dekat kan lah mulut hamba mu ini dgn zikir mu ya allh..
dekatkan lah haty hamba mu ini dgn mu n ibu dan akuh ku yallah..
jauhakan lah hamba mu ini dari sifat mazmumah ya allh..
jauhkan lah hamba mu ini dari sifat riak ,takabur,, sombg ya allahh...

hary amis yg amat sunyi

hermm...:(
cerita pasai ary nih la kan..
huhu..
pg tdi p kolah jawab paper sain..
fuuuhhhhh .. pecah peluh jugak la nak menjawab nya..
cos aku xbaca langung.. buku akuh hilang..
just tgak2 ja soalan yg cekgu bagi yg lepas..
nasib baik la.. aqu still ingt sikit2 yg cikgu ajar..
hermm...
alhamdulillah la habis jugak la senua soalan tuh akuh jawan hanya tinggai 1 ja soalan tuh..
harap2 lulus la...
hahahaha,,,

mcm nih la muka akuh masa jawab periksa tadi.. hahaha...
hahaha lawak ja fikr balik masa jawab periksa tadi...
hhuhuhu..
owng otak duk fikir jawapan yg di tanya..
otak akuh lepas p at massjid taman intan adoiii..
awat la jadi mcm nih..
hermmm..:(
haty akuh ni sebenarnya berat kearah sana..
hanya mak n abh jer yg tahu..
akuh memang mint p tuntut ilmu agama..
hahahaha..
best tuntut ilmu agama nih..
banyak bagi akuh kesedaran..
herm...
alhamdulillah hanya tinggai lagi 2 paper ja..
harp2 bly la jawab..
aminnn.......

Isnin, 21 November 2011

hadis...:ustaz zulkifli.. 22.11.11

... assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh ...

hadis ialah : kata-kata nabil atau berbuatan nabi..
: untuk memperkukuhkan isi alquran...
: kataknlah rasulullah..


... SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN ...
*
orang yg sabar terdapat imn didalam haty mereka..
*iman dalam haty perlu bagi subur.. perlu bagi makan sampai gemuk....
*orang yang maty tanpa iman akan dimasukan didalam neraka
*untuk masuk syurga lakukan kebaikan sebnyak mungkin

sifat sabar adalah mulia dan terpuji...
allah menyukai hamba nya yang bersifat sabar..

mazmudah :-sifat-sifat baik
mazmumah:- sifat keji dan kemungkaran...

kalau kita mempunyai sifat sabar kita tidak mudah tertipu dgn orang yang penipu.
jagnn belajar menipu terutamannya kepada ibu bapa..
sedih apabila ditipu dan berdoalah kepada allah agar owng yg menipu itu tersedar.

*sifat2 nabil adalah sabar...

Sabtu, 19 November 2011

ya allah pertapa sedihnya haty ku...!!!!!

ya allah... kau tenang kan lah jiwa hamba mu ini ya allah...
lapangkan larh dada hamba mu ini yaa allah untuk menerima segala teguran owng lain ya allah..
sesungguhnya haty hamba mu ini seperti lalang yg ditiup angin....
kadang iya ingin melakukan kebaikan..
kadang terdorong untuk melakukan kesilapan..

ya allah kau tetapkan lah iman hambamu ini ya allahhh..
kau teguh kan lah iman hambamu ini ya allah..
sesungguhnya hambamu ini sering melakakukan kesilapn dan ksalahn samaada sengaja atau pon tidak yaallah..
kenapa hamba mu ini tidak boleh nak membuang sifat buruk hammba mu ini ya allah..

kenapa apabila hambamu ini ingn melakukan kebaikn mesti ada yg menghalang...
kenapa ya allah,,
hamba mu ni suka untuk mendengar ceramah dah ke majlis ilmu..
tetapi hamba ini jahil dalam untuk melakukan sholat 5 waktu kepada mu ya allah..
hamba mu ini jahil dalam.. melakukan ibadat terhadap mu ya allah..

ya allah hambu in terlalu hina dan kerdil ya allah...
hambamu ini selalu melakukan kesalahn dan kesilapan terhadap mu...
ampun i lah dosa hamba mu ini ya allah,...

hary yang amat mnyedihkan abg akuh hary nih...

Khamis, 17 November 2011

ya allah kau kuat kan lah iman hambamu ini dan sahabt2 hamba,...

selamat tegahary semua... 
hahahah.. hari mulakan perjalann dgn pergi menuntut ilmu.. 
ya allah rasa tenang dan hapy sekali...
isshhh ... merdu nya alunan bacaan alquran yg dendangkan oleh moham naim tadi..
memang best dgr sayu jer dgr..
herm.. itulah daie selepas nih..
ya allah.. kuat kan lah iman dia ya allh ..
kentalkan lah haty nya ya allah dari pada godaan syaitan mu ..

aqu dgr pasai naim nih banyak kali dah..
ishishish...
banyak kali aku dgr ustz2 yg aku ikuti pangil nama dia..
herm
dia nih memang budak baik
seronk kawan dgn dia...
ramai kawan2 dia panggil dia ustaz,,..
alhamdulillah ..
kalu lah masin mulut kawan2 nya dia akn jadi ustaz satu hary nanty...
AMIIINNNNN...

naim nih selalu ikut ustaz nan , ustaz ostman.ustaz fadli dan lain2..
lah ..
naim nih selau dkat kan diri dia dekat majlis ilmu..
dia selalu dkatkn diri dia dgn rumah allah.. 
majlis2 allah... dn selalu dkat kan diri dgn paraulamak..

aqu tanik larh naim nih.. hahah.. aku memang respek lah dia..
dah bnyak soalan akuh tanya dia,,,
semua dia jawab dgn ilak ... 
herm..
suka kongsi pendapat dgn dia..
memang best... sagat..
nih la nasihat yg dia penah kasi kat akuh
:
naim rsa ekin..cuba mghafal al-quran..hafal sorang2 pon xpa..kalo ada msa yg trluang hafal..dekatkan diri dgn al-quran..yg penting doa sebelum dan selepas bca al-quran..supaya ALLAH mnjdikan kita org yg mncintai al quran..insyaallah prkara2 yg tidak brfaedah ekin akan rasa xsuka nk buat lgi...tapi yg pnting keiklasan hati..
ni lah yg dia nasihat kn dkat akuh.. herm..
 akuh akan buat apew yg dia nasihat kan insyaallha,,,,

Rabu, 16 November 2011

aQu iNgIn BeRuBaH


nyh la gaya aqu dulu.. hahahaha....
aqu xmau dah gaya mcm nih lepas habis periksa SPM kuh...
hahahaha..
aku nak ubah pemakaian aku...
aqu nak ubh aklak akuh..
hahahaha,,.. tapy kini mula dah cikit akuh ubah kan nya...
tengak larhn pic bawah nih lark
nyh la gaya akuh yg terkina...
bukan baru larh tapi dah lama dekat setahun dah akuh bergaya mcm nih,,,
sukasukasukasuka...
ada lagi yg belum lengkap dkat pic at atas nih.....

haaa.. ini lah baru lengkap...
aqu suka bertudung mcm nih...
niat dah ada tunggu nak laksanakn jer....
biar jer lah klau korang nak kata aqu buat baik ker.. orng yg minafik ker, biar la....
manusia mana yg xpernah melakukan kesilapan kn... 
aqu hanya nak berubah kearah yg lebih baik lagi.... 
aqu dah tetapkan dah pendirian aqu..
lepas SPM ni ...
ini larh rupa aku...
likelikelikelikelikelike!!!!!
sagat...
aqu suka sagt thnk kawan akuh...muaffi.. aliif.. din nama singkatan , salman n yg last sekli mohd atiq bin omr...
sebb bnyak bagi semagat an sokongn pada aku untuk berubah...

Isnin, 7 November 2011

it's all about mee!!!

hey'ss semua...
lma sia xcita sal sia kan... 
sowi sia menyepi kejap... cos xdew story nk citer,,,,
xterlambat sia nak ucapkan selamat ary raya aidil adha to all my friend...
cakap pasai hary raya... hermm..
tahun nih spew pown xdatng umah sia wat masa nihy... :'(
sedyh gila.. huuuhuhuhu...
sia g sholat ary raya at surau..
perhhhhh!!!
best gila ketubah raya yg disampai kan ustaz mazlan...
sia dan usya2 ank dia..
perh.. smart gila ank dia.... 
bly la..
hahahaha.. yg best dia senyum sinis at akuh.. hahahaha...
astafirullah..... 
yg hujung pakai baju hijau tuh ustaz mazlan n yg pakai baju hitam nih larh anak dia... hahahaha 

herm.... raya tahun nih.. oky jer.. raya degn nak menakn baru..... 
nama dia nur raisha irdina bt mohd naim..
hahahaha...
panjag kan nama dia...
nyh la budak yg nama panjang at atas tuh.. hahahaha....

tahun nih aku menantykan wan2 aqu's n owng yg tersayang aku..
depa kata nk mai umah..
yahoooo!!!
hooo rey..!!!
best's nya.......
hahahaha.... boy akuh yg ku syg.. cepat cikit yer datng... sia tunggu kamu datng SP
mohd atiq bin omar... 
sia tunggu kedatangn kamu.....!!
haty sia untuk kamu... xakn berubah lagi....

Khamis, 3 November 2011

ReNuNg-ReNuNgKaN


♦4 Golongan Lelaki yg Ditarik Oleh Wanita Ke Neraka♦


1 • Ayahnya Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.2 • Suaminya Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.3 • Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.4 • Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. ---------------------------------------------------------------♦ Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ♦ maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar ♦Firman ALLAH S.W.T ~"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahlimu dari api neraka,dimana bahan pembakarannya ialah manusia & batu- batu"(surah At-Tahrim, ayat 6, juzuk 28)

Selasa, 1 November 2011

BERTUDUNG LABUH. HINALAH ! HERDIKLAH ! CACI LAH !


BERTUDUNG LABUH. HINALAH ! HERDIKLAH ! CACI LAH !

Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!
Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!

Hinalah mereka!,
Hinalah mereka yang bertudung labuh!,
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna,
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh!.

Hinalah mereka!,
Bertudung labuh hipokrit!,
Bertudung labuh hodoh!,
Bertudung labuh ketinggalan zaman!.

Herdiklah mereka!,
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah!,
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri!,
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.

Cacilah mereka,
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan!,
Hanya kerana si dia bermaksiat, habis semuanya dikatakan sama!.
Stereotapsi sana sini!,
Teruskanlah!, mereka hanya ikhlas kerana Allah!.

Mereka sanggup!, sanggup berpanasan!,
Dikala teriknya matahari!,
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram!.
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya!.

Perlilah mereka!,
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman!,
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran!.

Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar?!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus!.

Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia!.
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.

Hai mereka yang bertudung labuh,
jagalah akhlak mu! jangan kerana engkau seorang habis punah mereka yang lain,
janganlah engkau menganggap diri itu sempurna, luruskan niat mu!,
kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada SuruhanNya.

Hai mereka yang bertudung labuh!
Islam itu datangnya asing!,
kembalinya pun asing!,
beruntunglah kau saat kau diasingkan!,
kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga!

Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa!,
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia!.
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Jan

Rabu, 26 Oktober 2011

aL-qUrAaN & KelUaRgA bAhAGiA


Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi kita SAW adalah contoh teladan yang baik untuk dijadikan contoh kepada ciri-ciri keluarga bahagia. 
Firman Allah SWT :Maksudnya:
"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik,
 iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". 
(Surah Al-Ahzaab : Ayat 74).

sholat



Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini ALLAH tidak suka
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tampa memakai alas Kaki [selipar]
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal
Kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tampa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan
Nanti hati kita gelap diseliputi dosa.

Jangan bergaul bebas di tempat kerja.
Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menanggu taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita
Nanti kita sombong apabila berjaya
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,kerana ia adalah ciri-ciri munafik
Dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNYA.

WASSALAM

Sabtu, 8 Oktober 2011

Muslimah solehah itu berbeza

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Sebelum kaki melangkah keluar pintu,
Dia bercermin penuh rasa malu, 
Membelek-belek tudung dan baju,
Bukan untuk cantik, bukan bimbang dipandang tidak menarik ,
Tapi demi memastikan syari’at Allah dilaksana dengan baik,
Kepuasan diri bukan utama, kepuasan Allah itu kerisauannya.

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Khidmat bakti dan cintanya untuk suami, 
bukan bimbang cinta tak bersemi,
bukan kerana takutkan poligami,
Tapi semata patuh pada suruhan ILAHI,
Demi kasih dan cintanya kepada Nabi.

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Walau jauh dia berada, walau setinggi mana jawatan digalasnya,
Tapi jiwa dan hati tetap pada keluarga,
Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya,
Menyemai sakinah dan mawaddah,
yakin hadirnya rahmah dan barakah,
Rumahtangga bahagia, syurganya di dunia.

Santan Vs MUTIARA (^_^) Kerana dirimu begitu berharga...

♥●•Ù ·˙ Ingatlah Wanita˙·Ù •●♥

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,Ingatlah ada dua pilihan terbentang...

Yang Pertama :
...Kamu jadi seperti kelapa...
Mudah diperoleh...
Diparut,Diperah...
Dan diambil santannya..
Lepas itu hampasnya dibuang...

Yang Kedua :
Kamu menjadi sebutir mutiara...
Berada di dasar lautan...
Tersimpan rapi...
Dilindungi kulit...
Bukan senang nak melihat...
Apa lagi mendapatkannya...
Hanya orang yang bertuah Beruasaha menyelami dasar lautan Dapat memperolehnya...
Harganya mahal sekali Dan ia akan tersimpan selamanya...

Jadi.. Kamu pilihlah samada,,,
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara...

Di sebalik santan menjadi penyedap makanan.
Diperah segala kenikmatan dengan mudah jatuh menjadi titisan.
Akhirnya habis kari dimakan pulut panggang sisa habis ditelan.
Dan santan hilang tak jadi ingatan...
Yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang...
Orang tak kenang jasa santan...

Mutiara..tertanam di dasar yang paling dalam...
Sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras menghadang...
Namun kiranya ditemui insan...
Akan menjadi permata hiasan...
Terletak tinggi di cincin idaman...
Atau di leher nan jinjang...
Atau di lengan menawan..
Makin lama mutiara tertanam...
Makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..
Menjadi santan...
Mudah jadi perhatian tapi hanya sebentar jadi santapan.
Kemudian hilang segala nikmat dan pujian...

Menjadi mutiara...
Sukar ditemukan namun bila dihias indah gadis perawan.

Hilang ia..
Tangisan Mengiringi Berzaman................. kerna dirimu begitu berharga

♥●`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*●♥

Malu Itu mahkota diri....Kita...


SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya. 

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik. 

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia. 

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok. 

Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal. 

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu. 

Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka. 

Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar. 

Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua. 
Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya. 

Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebagainya. 

Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita. 

Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan. 

Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita. 

Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila. 

Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu. 

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.” 

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah. 

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya) 

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya: 

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...” 

Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan. Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan. 

Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat. 

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat. 

Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden. 

Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu. 

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin. 

Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik. 

Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu. 

Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah. 

Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu. 

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: 

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari) 

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara. 

bacalah luahan haty ku ini

Dengan memakai tudung labuh menutup kepala..
Kawan-kawan berkata aku ustazah..

Dengan memakai pakaian yang kemas bertutup rapi di tubuhku..
Kawan-kawan berkata aku tidak trendy..

Dengan bicara yang sopan meniti di bibir..
Kawan-kawan berkata aku cuma berlakon..

Dengan akhlak yang terpelihara..
Kawan-kawan berkata aku cuma ingin menarik perhatian..

Wahai kawan yang berharapkan sanjungan & pujian..
Cantik bukan bererti mempamerkan aurat..
Cantik bukan bereti selalu berdandan..
Cantik juga bukan bererti menarik perhatian..
Dan cantik bukan bereti kita dijadikan bahan tontonan umum...

Ku sarungkan jilbab di kepala terasa damai dihati..
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku..
Ku lakukan semuanya itu hanya kerana cintaku pada Allah S.W.T...

Lantas aku berbisik dalam hatiku..
Semoga Allah bahagia melihat hamba-Nya ini..
Patuh & taat melaksanakan perintah-Nya..
Dan menjauhi larangan-Nya…

Andai sahabatku memahami...
Cantik bukanlah satu ukuran…………

Khamis, 6 Oktober 2011

jiwa terasa kosong

... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)
Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.

Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.

Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.

Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...

Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!

Isnin, 3 Oktober 2011

Bila Rasa Lemah Menjelma

alt

Senario A – Engkau semua jangan buat bising ok ! Aku tengah down ni, nanti aku campak semua barang-barang atas meja ni!
Senario B – Aduuuuh, sedihnya rasa ! Sampai hati dia menolak lamaranku. Aku  tengah down betul ni. Kau pergilah jauh-jauh sebab aku memang perlukan ketenangan sekarang ni.
Senario C – Tak mengapalah, ini urusan peribadi. Aku dah belajar macam nak mati tapi keputusanexam masih tak cukup makan. Biarlah aku menyendiri sebab aku tengah down ni.
Sememangnya rasa lemah atau rasa 'down' atau rasa 'futur' itu kadangkala menyapa diri. Setiap yang bernama insan pasti akan berhadapan dengan ujian di dalam hidupnya. Kadang-kala ujian dan diikuti dengan ujian yang datang bertimpa-timpa yang mungkin menyebabkan kita sukar untuk bangkit kembali.
Setelah ujian datang :
Ujian ini boleh membuatkan kita semakin kuat daripada sebelumnya. Kadang-kala kita boleh pintas bangkit semula ke kekuatan yang sama. Kadang-kala ujian ini boleh membuatkan kita rebah tersungkur. Kadang-kadang dengan satu ujian sahaja kita boleh hilang arah dan boleh membuat keputusan yang luar biasa
Andainya kita bangkit semula, maka syukur kepadaNya kerana kita berjaya melepasi ujian ini dan bakal menyaksikan bahawa kita akan menjadi insan yang lebih tabah dan lebih berjaya di masa depan.
Namun jika gagal bangkit, kita bakal melalui jalan buntu mahupun membuat laluan baru yang penuh berliku dan tidak mustahil ianya mungkin bertentangan dengan arus perjalanan yang pernah kita lalui sebelum ini.
Adakah sinar mentari di hari esok? Bagaimana kita akan menghadapinya?
Kita harus menghadapi setiap ujian yang ditempuhi dengan bersangka baik kepada Allah swt. Sudah pasti di sana ada hikmah dan kebaikan di dalam setiap perkara yang berlaku yang mungkin tidak kita ketahui maksudnya.
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."  [Surah Al-Baqarah, 2: 216]
Seterusnya kita boleh menghadapi ujian ini dengan:
Beristighfar dan berdoa memohon pertolongan daripada Ilahi. Bermuhasabah diri, ujian ini mungkin juga disebabkan kesilapan atau dosa-dosa kita sendiri. Menyuarakan rasa hati kepada ke dua orang tua kita atau 'orang lama' atau tokoh yang kita kenali.
Berbincang dan meluahkan perasaan dengan pendidik atau 'murabbi' kita. Berkongsi permasalahan dengan teman atau kenalan yang rapat. Jangan ikutkan sangat perasaan downdan emosi diri. Menyebukkan diri dengan kegiatan dan aktiviti luar yang sihat
Masih bersedih ?
Ambillah sedikit masa di sebelah keheningan malam untuk bertadabbur dengan ayat-ayat Allah swt sebelum tidur. Bersolat taubat dan menginsafi kesalahan diri. Masuk tidur lebih awal di dalam keadaan berwudhuk. Bangun di awal pagi untuk mendapatkan ketenangan bermunajat kepada Ilahi. Bersolat tahajjud sambil menyatakan rasa atau hasrat hati kepada Ilahi di dalam sujud yang terakhir dengan rasa penuh rendah diri dan berharap kepadaNya.
Ingatlah akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud,
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)
Masih adakah harapan untuk bangkit kembali?
Bukankah semua ujian ini datangnya dari Allah s.w.t? Ada kemungkinan besar bahawa Allah s.w.t menyimpan sesuatu yang lebih baik untuk kita yang tidak kita ketahui apa yang bakal berlaku selepas ini. Jadi, kepada siapakah lagi yang harus kita harapkan jika tidak dikembalikan kepadaNya kerana Dia adalah yang Maha Berkuasa dan Penyelesai kepada semua masalah serta ujian-ujian kehidupan.
Jom ! Mari kita bangkit agar terus jadi kuat....!