Sabtu, 8 Oktober 2011

bacalah luahan haty ku ini

Dengan memakai tudung labuh menutup kepala..
Kawan-kawan berkata aku ustazah..

Dengan memakai pakaian yang kemas bertutup rapi di tubuhku..
Kawan-kawan berkata aku tidak trendy..

Dengan bicara yang sopan meniti di bibir..
Kawan-kawan berkata aku cuma berlakon..

Dengan akhlak yang terpelihara..
Kawan-kawan berkata aku cuma ingin menarik perhatian..

Wahai kawan yang berharapkan sanjungan & pujian..
Cantik bukan bererti mempamerkan aurat..
Cantik bukan bereti selalu berdandan..
Cantik juga bukan bererti menarik perhatian..
Dan cantik bukan bereti kita dijadikan bahan tontonan umum...

Ku sarungkan jilbab di kepala terasa damai dihati..
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku..
Ku lakukan semuanya itu hanya kerana cintaku pada Allah S.W.T...

Lantas aku berbisik dalam hatiku..
Semoga Allah bahagia melihat hamba-Nya ini..
Patuh & taat melaksanakan perintah-Nya..
Dan menjauhi larangan-Nya…

Andai sahabatku memahami...
Cantik bukanlah satu ukuran…………

Tiada ulasan:

Catat Ulasan